Tahun Baru.
Mula belajar semula.
Belajar terima diri tak sempurna.
Belajar terima, tak semua orang suka.
Belajar menyerah, belajar berhenti.
*
Kadang tu fikir, macam mana perasaan, 'hati', something yang intangible tapi boleh datangkan rasa sakit yang kalahkan luka kena toreh pisau?
Tuhan, aku penat nak menangis lagi.
Kalau tak dapat bahagia pun aku menyerah, cuma aku dah tak mahu nangis lagi.
Sakit benar, dan sakit kali ni, tak ada daya aku nak tanggung.
Tak pernah aku rasa lagi.
*
Cuba senyum.
Tapi siapa aku boleh tipu? Diri sendiri pun tahu.
*
Fikir lagi, mungkin kali ini balasan untuk orang-orang yang silam, yang aku tinggalkan, yang aku sakitkan.
Fikir lagi, why am such a failure when it come to this.
Fikir lagi, "broken toy" ulang seribu kali.
Fikir sampai pagi.
Hilang tidur, hilang seri.
*
*mengeluh*
*
Aku takut mati.
Tapi boleh tak aku minta untuk koma sampai aku lupa everything?
Sumpah, aku tak pernah rasa macam ni.
Fikirkan, silam yang aku tak boleh ubah,
dan hilang orang yang aku tahu tak boleh diganti?
*
*mengeluh lagi* Whatever.
No comments:
Post a Comment
Your two cents.